| |
| JEMPUTAN ISTIMEWA |
Jangan Ketinggalan...
Selamat Datang ke Malay Wedding Expo. Suatu pameran yang
merangkumi pelbagai produk dan perkhidmatan perkahwinan di bawah
satu bumbung.
Malay Wedding Expo merupakan sebuah pameran yang terunggul,
menjadi landasan unik buat masyarakat Melayu dan segenap warga
Malaysia untuk sama-sama merasai budaya dan tradisi perkahwinan
Melayu serta adat persiapannya.
Malay Wedding Expo merupakan pameran serba lengkap dalam
mengendalikan peluang perniagaan yang tanpa batasan.
Memperomosikan perkhidmatan, memperkenalkan produk sekaligus
memasarkan produk dan perkhidmatan anda kepada pelanggan sasaran.
Berbesar hati dengan ini, mengumumkan Malay Wedding Expo akan
berlangsung dari 22hb hingga 25hb April 2010 di Dewan 2, Mid
Valley Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur.
Peserta Pameran ā Malay Wedding Expo merupakan suatu cara yang
efektif dari segi kos dan mampu menjimatkan masa untuk anda
memperkenalkan perniagaan kepada skop sasaran pelanggan yang lebih
luas dengan prospek yang lebih serius. Menyerlahkan keupayaan,
produk, aset, anda serta kumpulan kerja anda saling dipersembahkan
sebaik mungkin.
Bakal Mempelai ā Sedang merancang perkahwinan? Jangan ketinggalan
mengunjungi Malay Wedding Expo yang bakal merealisasikan segenap
impian perkahwinan anda.
|
|
|
|
 |
 |
 |
|